Tuesday, October 25, 2011

Guru penjana transformasi


Aktiviti pasca PMR diterajui oleh guru kaunselor yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat..Syabas cikgu!..cikgu yang duduk tu..apasal tanggal spek pula...he..he

Dalam bahagia rasa


Seminggu yang sibuk! Sengaja menyibukkan diri untuk menganyam rasa...bahagia..! rasa bahagia bila dapat melukis...:)So aku nak belajar cara melukis dengan betul menggunakan cat minyak pula. Wah! rasa teruja pula bila cikgu pun turut berminat untuk mengajar..he...he. dia pula yang teringin nak melukis..lama dah katanya..selepas buat ijazah..selepas mengajar..baru pertama kali dia juga teringin nak melukis..memang hebat lukisannya..dan aku terpaku!
Tajuk lukisanku...Teratai Bunga Indah...:))..boleh ke sahabat?..he..he.:D

Friday, October 21, 2011

Cempaka Harum Kenangan



Sekuntum cempaka itu
tersenyum indah ditangkainya
mengharum kenangan
yang pasti tak akan kembali lagi
rindu sebak di dada.

Friday, October 7, 2011

Guruku idolaku

Entah mengapa hati aku berdebar pabila merenung wajahnya. Sakit dihati masih berbekas. Mengapa dia tidak mengendahkan panggilan telefon dariku. Mesejpun tidak berjawab. Dia berlalu dihadapanku tanpa sepatah kata. Aku menjeling tajam. Sampai hati kau buat begitu padaku. Ketahuilah wahai guruku, engkaulah idolaku. Aku bertekad tidak akan putus asa,akan kusematkan wajahmu di hatiku, walau ke mana sahaja aku pergi.