Friday, November 23, 2012

Sahabat lama


Kunjungan dari sahabat lama sejak 20 tahun lalu dari Terengganu amat mengembirakan..terima kasih kerana sudi berkunjung dan moga ukhuwah ini berkekalan.

Saturday, November 17, 2012

..dan di saat ini...


Memetik kata-kata seorang sahabat...Hari kelahiran itu memang selalunya bahagia dikenang, bahkan pada saat selepas bertahun tertinggal masa kanak-kanak, remaja dan kemudian dewasa, mana yang dikenang - hingga kini seolah-olah mengirim bahagianya, sekalipun kita pernah sakit suatu waktu dahulu. Ketenangan hati barangkali, yang Tuhan menguatkan diri dengan bakat untuk kita berkarya, menulis atau melukis, padanya adalah manifestasi alam yang berangkai pada rencam hidup, yang kita diberi kekuatan untuk melaluinya, pahit atau manisnya yang kita tentu bahagia juga. Alangkah bahagianya Allah melepaskan kita di taman ilham, seolah-olah kita memetik buah yang di makan tak pernah habis.....
Terima kasih di atas sebuah ingatan...di hari kelahiran ini..

pada detik ini....

Selamat Pengantin Baru buat Syahida Azita dan Suami...

Sunday, November 11, 2012

Selamat Bercuti

Dingin pagi yang mencengkam menyejuk rasa yang kini kian tenang setelah terjerumus dalam kesibukan di minggu akhir persekolahan. Rata-rata semua guru yang terlibat dengan PBS begitu tegang dengan kerja-kerja yang belum siap walaupun persekolahan telah berakhir. Ternyata sistem ini perlu dikemaskini dan ada penambahbaikan untuk melancarkan proses kemasukan markah pelajar..ataupun guru-guru terpaksa membaikpulih hati dan perasaan...moga hati kami tetap tenang!..apapun jua...bahagiakan dirimu dalam apapun jua keadaan kerana bahagia itu mengundang tenang di jiwa....SELAMAT BERCUTI SAHABAT-SAHABAT GURUKU.

Sunday, November 4, 2012

Gerimis Di Bumi Syria




                                                 Mingguan Malaysia (4 November 2012)