Sunday, March 31, 2013

Kepadamu Pahlawan


Kepadamu Pahlawan

Bayu resah terhimpit hiba
pantai pucat bermandi darah
terkujur pahlawan di tanah basah
langit kelam bertafakur
di remang senja dalam pasrah!

Obor perjuangan kian menyala
membakar barisan semangat
membelah dada samudera 
memintas angkasa raya
sasaran pasti mengena
bergema suara peluru
hapuskan petualang durjana!

Pasti ada kemilau cahaya
bersinar di suram malam
terpancar menyuluh jiwa
semesta alam terjaga
bangkitlah rakyat!


Mengenang pahlawan yang terkorban
di Lahad Datu, Sabah.
Al-Fatihah.

Nur Ain Hanis
MAC 2013
Seri Rawa, Kedah.

~New Sabah Times~31 MAC 2013

Friday, March 15, 2013

Memburu Misi dalam Gugusan Puisi

Mac yang sibuk..berapa banyak yang berlingkar di fikiran..memburu misi Laman Web Sekolah..Kadet Polis...Kepimpinan Pengawas Briged Bestari..Mesyuarat ASASI 30 Mac di Muzium Kedah...PBS..4 kelas menanti..Semakan Buku Latihan...HAC...dan terbang ke Kuala Lumpur pada April....Setiausaha Eksplorasi Minda II..Cameron Highland 27& 28 Jun...Apakah aku mampu?..namun tetap berselera menjamah gugusan puisi lirik yang indah..terima kasih dan tahniah sahabatku!