Thursday, January 16, 2014

Cinta Kau Dan Aku

Cinta Kau dan Aku

Di pantai rasa
memutih ombak 
mengalun irama syahdu
lagu cinta
antara kau dan aku
indah berpadu.

Di laman hati
kita berbicara 
tanpa suara
menyusun baris-baris aksara
puisi rindu
menusuk kalbu.

Di maya ini
kita bertemu
menyatu hasrat
setulus jiwa
mendakap ilusi
jadi realiti.

Nur Ain Hanis

Jitra, Kedah

Friday, January 3, 2014

Salam Tahun Baru 2014

Sudah 3 hari menjelang tahun baru 2014. Sunyi sepi rumah ketiadaan Muhammad Hanif yang suka mengusik adiknya Nur Aqilah. Masa begitu pantas berlari dan kita dihujani dengan kesibukan yang berganda namun tetap mahu meneruskan minat dalam sisa masa yang tertinggal ini..Moga tahun 2014 menjanjikan setulus bahagia biarpun bahagia ada dimana-mana. Marilah kita menggapai keindahannya. Projek tahun ini, menyiapkan lukisan abstrak yang amatku teruja untuk mempelajarinya. Alhamdulillah mendapat limpahan terindah daripada www.esastera2u.com. Pencetus semangat untuk aku terus melangkah dalam dunia penulisan. Moga kita akan sama-sama menggapai kejayaan itu sahabatku. Terima kasih untuk segalanya. Anda jua pasti boleh!

www.esastera2u.com