Friday, March 1, 2024

 SONATA KAUKAH ITU YANG SELALU MENJENGUK RASA

TIBA-TIBA RINDU MENGHIRIS....






Tuesday, June 13, 2023

 DI BALIK TABIR MIMPI


Ku selak tabir mimpi

nun jauh di awangan melihat senyum ayahanda

hangat pelukannya bagai sutera

rindu ini tiba-tiba hadir

berselimut malam yang sunyi.


Sekudus doa di langit fajar

moga tenang damai Ayahandaku.


Al Fatihah.




Friday, August 19, 2022

 Rindu Bertandang Lagi


Rindu bertandang lagi membawa aku ke sini

di jambangan usia kita

mekar mewangi 

kenangan....



Nur Ain Hanis

19 OGOS 2022

Monday, February 8, 2021









SECEBIS SALAM DI LANGIT MAYA

Kubaca berkali-kali secebis salammu

aromanya mewangi

di langit maya

membelai kenangan

resah rindu bermukim

di perbukitan cinta.


Sesekali musim datang dan pergi

mengalirkan arus resah

di sungai kenyataan

merusuh gundah

ke muara pasrah

dalam tunduk dan patuh.

Maha Suci Allah


Nur Ain Hanis
8 Februari 2021


Friday, January 1, 2021

Sekeping Kenangan


Dengan bismillah aku menyambung kata-kata yang tertinggal hampir dua tahun. Sekeping kenangan kupaparkan di laman maya ini sebagai tanda ingatan buat keluarga tercinta. Alhamdulillah aku masih dapat menjengah 2021 yang hadir dengan seribu rahsia-Nya. Al Fatihah buat ayahanda Hashim Bin Isa dan kekanda Norazida Abd Aziz yang telah kembali ke rahmatullah. Sepohon kenangan tetap merimbun subur di taman hati. Aku adalah aku yang mempunyai sekeping hati yang begitu rapuh. Ampun dan maaf di atas kesilapan dan ketelanjuranku dalam setiap perbuatan dan tutur kata. Sesungguhnya aku hanya ingin mencintai dan dicintai...hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya. salam kasih abadi.