Wednesday, February 29, 2012

Sibuk...!

Sibuk sangat...sampai tak sempat menulis..melukis..membaca novel..hmmmm.

Tuesday, February 28, 2012

Siapakah yang tahu hatinya

Aku bercuti hari ini kerana menyelesaikan amanah yang belum selesai.Sebelum memulakan perjalanan, aku singgah di sebuah warung untuk menikmati roti canai. Terkenang semasa dulu ...ayah selalu bawa aku menikmati roti canai di kedai mamak Husin di pekan..alangkah indahnya saat itu..Kedatanganku di kedai itu disambut oleh seseorang yang tingkahlakunya agak mencurigakan. Tuturkata dan perbuatannya menggambarkan dirinya yang tidak mampu mengawal pemikirannya. Aku melayan sahaja karenahnya.Terhibur juga dengan telatahnya walaupun agak janggal dan malu kerana dia suka menarik-narik tanganku..hmmm..begitulah..siapakah yang tahu hatinya..aku mungkin dapat membacanya dari segi luaran..dalamannya..siapakah yang tahu??..namun teruja jua..kerana ada yang melayan aku bagai tuan puteri semasa makan roti canai..he..he

Saturday, February 25, 2012

Ranjau berduri

Berhati-hati dan waspada akan ranjau berduri yang pasti akan menyebabkan luka dan berdarah. Moga Allah memberi ketabahan dan ketenangan..selamanya..pastinya dugaan ini cukup hebat! Subhanallah...

Wednesday, February 22, 2012

Seharum bunga...mekar di taman hati





Teruja melihat bunga-bunga yang ditanam...sungguh eksotik!

Semerah dan unggu bunga
mekar berkembang
hati girang!

Tuesday, February 21, 2012

Selamat berkarya di e-sastera



ada pantun, sajak, cerpen, drama, soneta, haiku..dan banyak lagi..mai kunjung..jangan tak mai no..:))..http://www.e-sastera.com

Wednesday, February 15, 2012

Di Langit Petang


Langit petang berbalam
menyongsong pelangi suram
kian pudar warnanya
menggamit kelam malam
rasa kian berbaur
terhimpit sendu luka
masih adakah cahaya bulan?
biarpun hanya bayangan
pungguk tetap setia menanti
merindu hingga ke akhir waktu.

Monday, February 13, 2012

Tatkala Dedaunan Berjatuhan Ke Bumi



Al-Fatihah buat sahabat seperjuangan e-sastera.com Allahyarham saudara Brirasa yang telah pergi menuju panggilan abadi pada 14 Februari 2012. Moga Allah merahmati rohnya disisi orang-orang beriman..amin.

Friday, February 10, 2012

menjaring mimpi...di taman hati

Seindah taman
semekar kasih
seharum rindu
setulus cinta
hanya untuk-Mu
abadi di hati
dalam tunduk
air mata menitis lagi.

Wednesday, February 8, 2012

Kemelut Rindu



Bagaimana hendak menghasilkan sebuah karya? Soalannya berkaitan dengan kemelut. yang pasti bukan mudah untuk menghasilkan sesebuah lukisan yang mampu mencerna minda seseorang...sedangkan selama ini lukisan yang dihasilkan adalah menjurus ke arah ketenangan fikiran...wah! semakin sukar rasanya untuk berkarya..bagaimana dengan tajuk kemelut rindu..rindu seorang ibu akan anaknya..di sebuah pondok usang itu...

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul

Rasulullah penghulu segala umat
hadirmu membawa cahaya
menerangi segenap alam...
Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W..
Salam Maulidur Rasul buat semua rakan-rakan...teruskan perjuangan dalam mencari reda-Nya.

Friday, February 3, 2012

Lagu syahdu

"Pernah dengar lagu ni..syahdunya" cahaya diwajahnya mengambarkan rasa hatinya pada waktu itu. Aku terpanggil untuk menghayatinya..sungguh indah....