Tuesday, December 20, 2011

Penghujung Rasa

Disember hampir sampai kepenghujungnya. Seakan tak terasa cuti yang mencecah lebih sebulan dek kesibukan tugas. Tahun baru menjanjikan tugas baru. Terasa amat berat untuk memikulnya. namun apakan daya terpaksa jua kerana tugas itu jua satu amanah. Apakah mampu kuhadapainya nanti...hanya Dia tempatku memohon petunjuk. Insya-Allah

Saturday, December 17, 2011

Perginya Seorang Lelaki Yang Menderita Itu

Bukan dipinta derita itu tiba namun terkadang kesilapan demi kesilapan yang menjemput derita itu meracuni diri sendiri. Bukan mudah membina bahagia..andai tersasar hati yang melara.
Perginya seorang lelaki yang menderita itu tidak akan kembali lagi. Moga Allah mengampunkan segala dosa-dosa lalunya. Al Fatihah (buat Ahmad bin Hamzah yang mengadap Allah pada Jumaat 16 Disember 2011)

Monday, December 12, 2011

Hescom 2011






Mengutip kata-kata sdr Puzi Hadi selaku Pengarah Hescom ke IX di dalam buku aturcara Hescom 2011
" Sastera santapan rohani fitrah Tuhan yang Maha Esa menjana bahasa Melayu kita ke sarwajagat via alam siber...merentasi jarak jauh dan dekat...melepasi ruang masa siang dan malam..berkarya siber, apa saja-puisi siber/soneta siber/kritikan siber/cerpen siber/ dan puluhan komuniti siber-diketik ilham dilagangnya idea dicernanya audio-visual ditayangkannya dalam web esastera.com ah, kreatif dan inovatif."
Menimba pengalaman dan kejutan membuatkan diri ini teruja untuk terus bersama rakan-rakan esastera. Tahniah dan syabas buat semua jk Hescom Kedah dan pemenang Hescom 2011.http://www.rumah.ws/HesCom2011/
..Tahun depan berjumpa di Bali..:)

Thursday, December 8, 2011

Salam Bertaut Rasa

Sajak ini ditulis khusus untuk sahabat-sahabat esastera yang akan bertandang ke Kedah Sabtu ini. Selamat Datang dan Salam Kenal. :))..bertemu kita di Padang Kelab Diraja Kedah jam 3.00 petang.

Seharum puisi
menguntum senyum
di taman hati

Semanis kata
menyulam kasih
mekar sejiwa.

Sejambak cinta
dihulur mesra
bertaut rasa.

Seerat ukhuwah
berpadu kukuh!
bersatu teguh!

Selembut rindu
menyambut tenang
mencari reda-Nya.

Wednesday, December 7, 2011

Lukisan Jiwa




Dalam kesibukan cuti, menjadi ibu yang sibuk, anak yang sentiasa ingat,menjadi kontraktor tak bertauliah..:)..sempat jua melukis..kuberi tajuk 'Lukisan Jiwa'
Komen Cikgu:
"Susah juga nak bg komen ni. kena tengok secara dekat. tapi untuk pencahayaan kira 90% ok. Bentuk kena baiki lg. Jalinan klu blh perbanyak tindanan warna untuk dapatkan tonna terutama pada bentuk imeg. Teknik kena lebih berani lagi, begitu juga dengan palitan berus. JIKA BARU LAPISAN PERTAMA ATAU KEDUA SUDAH DIKIRA HEBAT LA TU. ALIRAN CATAN MODEN BARAT MESTI BERSESUAIAN,SEBAGAI CONTOH ALIRAN MODEN IMPRESSIONISME PENGASASNYA CLOUD MONET. TAHNIAH."