Sunday, December 22, 2013

Lukisan Jiwa 4
















Abad Yang Masih Berdiri

berdiri Puteri Buliga
antara puncak Kinabalu
rindunya
terbang ke gelegar lautan
menunggu kekasih yang tak
pulang
lalu rindu menjadi pusara
mengadap
laut china selatan
menanti

gemala
itu juga hilang
naganya
entahkan berenang
ke hujung khutub
atau menyusur tembok besar china

Yong Seng Peng
suaminya
mati di negeri orang
leka bermain permaisuri baru
sekali ia terkenang
sakaratnya sampai
kerana mendustai
janji kembali
kepangkuan

ini abad mengenang lagenda
suatu peri misalan kasih
yang terbuang
setia yang berkekalan
hingga sanggup berdiri
hingga kudrat bersisa di hujung rambut
disumpahi dewa menjadi nisan batu
agar terus menunggu
biar kurun habis
mataharipun tak terjejak
lagi

Aku, disini dikejauhan ini
menghikayatkan tangis buliga

yatim ahmad
putatan

Tuesday, December 3, 2013

Lukisan Alam
















Lukisan  Alam

Ini lukisan alam
berwajah kepingan duka
tatkala dedaun kering terkapar layu
hibanya merintih seteguk simpati
kepada siapa yang peduli
mungkin tiada lagi
nyanyian unggas di rimba cinta
tiada lagi kicauan burung
di ranting bahagia
alam terhimpit sepi
barangkali punah
segalanya!

Nur Ain Hanis,

Seri Rawa, Kedah

(New Sabah Times~1 Disember 2013)

Monday, November 18, 2013

Pada Wajah Usia

Usia melingkar wajah
nur cinta terbias
rindu ayahanda
kasih bonda
bagai aku terasa
hangatnya dakapan
setulus jiwa.

Usia kian memanjat
aku bagai si kecil
terkapai-kapai bertatih
membaca kalam-Mu
menggapai makna
sekudus firasat.

Usia telah berubah
tinggallah parut kenangan
menjadi sempadan
setia seorang insan
tunduk dan patuh
pasrah pada-Nya.

Usia terus berlari
aku masih di sini
menghitung kedut di wajah
masih adakah mentari?
hadirlah menyuluh hati.

Nur Ain Hanis
17 November 2013
Teratak Jiwa


Thursday, November 14, 2013

Allhamdulillah..terus bersemangat puteraku..moga terus cemerlang menjadi insan yang diberkati-Nya dunia dan akhirat..amin

Monday, November 4, 2013

Salam Setulus Rasa

Moga khilaf masa lalu menjadi sempadan 
dan menyusul doa setulus rasa
hijrah tanpa titik.

Sunday, November 3, 2013

Monday, October 21, 2013

Rimba Merdeka


Mari kita pugar rimba merdeka
duri-duri tajam mencengkam
luka jika tersasar jalan.

Mari kita pangkas lalang durjana
menutup mata hati
musnah jati diri.

Mari kita rentas enau pemisah
pucuk meliar
meracun jiwa.

Mari kita cantas dedalu pengkhianat
perosak bangsa
runtuh negara.

Jadilah rumpun peneduh
santun merimbun
mendakap ukhuwah.

Pulanglah ke pangkal
walau kudrat setitik
berpijak di bumi merdeka
asalmu.

Nur Ain Hanis

Seri Rawa, Kedah.
Mingguan Malaysia~20 Oktober 2013

Saturday, October 5, 2013

Friday, September 27, 2013

Selimut Kenangan


Kekasih
engkaukah
yang hadir
mencium mimpi
tatkala aku terjaga
berselimut kenangan
terkurung wajahmu
di kelambu malam.




Wednesday, September 25, 2013

Bicara Aku

Akukah terlewat mengirim surat cinta, ada duka mengalir pada dakwatnya, kadang bersalah membiarkan hati terlantar, luka parah.

Akukah yang mencalar cermin diri, lalu retak pada sunyi malam yang lara.

Nur Ain Hanis
Seri Rawa,Kedah.

Thursday, September 5, 2013

Lukisan Duka Kehidupan

Sentuhan rasa dari Lukisan Ismail Alias yang bertajuk: Kampung Sipitang, Sabah


Thursday, August 22, 2013

Noktah Cinta Kita


Kutahu hatimu
biarpun sepi itu berbicara
namun kata-kata itu hilang
ditelan sebuah ketentuan
biarpun pahit
kuredah jua
aku pasti
inilah jalan yang kaupilih
jangan berpaling lagi
kekasih!


Thursday, July 25, 2013

Kata Cinta


Katamu indah
menyulam aksara cinta
indah tersusun
stanza demi stanza
berpaut rindu
pada sekuntum puisi
terselit debar
di celah getar rasa
ada bias cinta
di matamu kekasih!


Nur Ain Hanis
Seri Rawa,
Kedah.




Sunday, July 14, 2013

Nostalgik Rasa Di Hening Ramadan





Di hening Ramadan
mengimbau
nostalgik rasa
sekuntum cinta
terlukis di potret jiwa
Maha Suci Allah!

Sunday, July 7, 2013

Selamat Datang Kekasihku Ramadan

Kekasihku Ramadan
kau hadir lagi
mengusung waktu
dan aku masih di sini
mengulit rindu
tanpa jemu
menghitung hari
dalam tabah dan pasrah.

Salam Ramadan Al-Mubarak

Monday, July 1, 2013

Eksplorasi Minda II~Cameron Highland


Warna-warna ceria..tenang dan bahagia..menyusuri langkah di taman hati...mekar mengharum di tangkai kenangan...




Sunday, June 23, 2013

Sepetang Bersama Editor DBP

Moga semangat kian menyala..:)..jom kita berkarya dan hantar ke DBP..mencuba nasib...


Fatamorgana Mimpi

Fatamorgana Mimpi

Ketika cinta
membuka mata lenaku
terbentang fatamorgana
berpautkan ilusi mimpi
syurga hati.

Tatkala resah
mencengkam kalbu
rinduku terpenjara
di pintu muhasabah
kuatkah benteng itu?

Saat kaki melangkah
merentas percaturan masa
tertulis azali
menuju titk penyudah
bertemu abadi kasih-Nya.

Sekuat tabah
menahan alpa
menegak tiang
memaut khusyuk
menghilang gundah!


Nur Ain Hanis
Seri Rawa, Kedah.
(New Sabah Times~23 Jun 2013)










Friday, June 21, 2013

Antara Laut Dan Pantai
















Memandang laut
adalah aku mendamba biru ombak
bergemulung kenangan
ada kalimah dikirim bayu
membungkus hasrat meresap kalbu
lembut membisik alunan terindah
aku cinta kamu

Memandang pantai
adalah aku merindukan butiran pasir memutih
terbina mahligai impian
tercipta
hanya untukmu.

Antara laut dan pantai
Ada terumbu meneduhkan kasih
melestari cinta
antara kita berdua.

Nur Ain Hanis

Jun 2013

Friday, May 17, 2013

Selamat Hari Guru 2013

Hari  nan indah menyambut sebuah kemenangan..berjayanya seorang insan adalah terlahir dari didikan ibubapa jua seorang guru yang mengajar tulis baca. Terima Kasih Cikgu!

Monday, May 13, 2013

Hari Puisi Nasional 2013

Melakar kenangan di Vistana Hotel,  Pulau Mutiara..dan terciptalah lukisan pengalaman yang indah..bersama teman-teman penulis yang mesra..Nor Asma, Nik Dahna, Anna Raihan, Siti Salwana, Shirley Idris, Azridah PS Abadi, Asmira Suhadis, Zaidin Abadi, Nashitah, Munawirah, Norjannah M.A...rindu kamu! :)



Sunday, May 5, 2013

5 Mei Mencari Arah


Angin demokrasi bersuara lagi
menitip lembaran sejarah
5 Mei mencari arah
debaran menanti pilihan
sepakat satu suara
antara sokong dan bantah
berpadu menjulang gagasan
manifesto berpesta.

Ringit-ringgit kemakmuran
mencurah bibir bergula
lantang kata meniti setia
bakti terhimpun
menyusun rencana
terlakar di peta minda.

Langit kian cerah
berarak mendung demontrasi
teguh hasrat
menegak tiang harap
suara rakyat terbela
majulah negara!

Nur Ain Hanis
MEI 2013
Seri Rawa. Kedah.
(Berita Harian~5 MEI 2013)

i

Monday, April 29, 2013

Hari Puisi Nasional


Akan bertenu rakan-rakan Kopi Sastera, Jurnal Sastera dan Sifu Maya Negeri Di Bawah Bayu dalam jadual yang padat. Moga ukhuwah yang terjalin akan berkekalan.


HARI PUISI NASIONAL (HPN) KE-XIX
TENTATIF ATUR CARA


10 MEI 2013 (JUMAAT)

9.30 pagi                               :               Pertemuan Penyair Bersama Pelajar
                                                                Tempat  :               IPG Kampus Pulau Pinang
                                                                Panel      :               SN Datuk Dr Hj Ahmad Kamal Abdullah
                                                                                                Dr. Lim Swee Tin
                                                                                                Haji Rejab Ismail

4.30 petang                           :               Minum petang dan Majlis Interaksi Bersama Penyair dan
Sasterawan Pulau Mutiara  
Tempat  :               Hotel Vistana, Pulau Pinang
Panel      :               SN Dato’ Shahnon Ahmad
                                SN Dr Muhammad Haji Salleh
                                Dr. Haji Kassim Ahmad

8.00 malam                          :               Makan Malam, Majlis Perasmian HPN XIX dan
Deklamasi Puisi Khas
                                                                Tetamu Kehormat : TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang
                                                                Tempat  :               Hotel Vistana, Pulau Pinang

11 MEI 2013 (Sabtu) – Tempat :  Dewan Utama IPG Kampus Pulau Pinang

9.00 pagi                               :               Pembentang Kertas Kerja
Sesi I     :               Peranan Puisi Menjana Kemajuan Negara
Panel      :               SN Dr. Muhammad Haji Salleh
                                SN Datuk Dr. Hj Ahmad Kamal Abdullah
                                SN Datuk Baharuddin Zainal

10.30 pagi                             :               Rehat, sarapan pagi

11.00 pagi                             :               Sesi II    :               Puisi Tradisional Pembina Jati Diri Kebangsaan
Panel      :               Dr. Zurinah Hassan
                                Prof. Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin
                                Dr. Hj Harun Mat Piah

12.30 tengah hari                :               Rehat, Makan Tengah hari

2.30 petang                           :               Sesi III :               Sastera Dalam Pendidikan: Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Puisi
Panell     :               Puan R.Rajeswari
                                Hassan Baseri Budiman
                                Hajah Mahaya Mohd Yassin

4.00 petang                           :               Rehat, Jamuan Ringan

4.30 petang                           :               Sesi IV   :               Puisi: Pembangunan dan Cabaran
Panel      :               Dr. Lim Swee Tin
                                Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas
                                Dr. Shamsudin Othman

8.30 malam                          :               Pengucapan Puisi Rumpun Melayu
                                                                Tempat  :               Auditorium, JKKN Pulau Pinang

12 MEI 2013 (Ahad) – Tempat : Hotel Vistana, Bukit Jambul, Pulau Pinang

9.00 pagi                               :               Mesyuarat Agung GAPENA Ke-42

12.00 tengah hari                :               Makan tengah hari
                                                :               Check-out dari hotel penginapan
                                                :               BERSURAI

Tuesday, April 23, 2013

Trip To Kuala Lumpur~17-19 April 2013






Semusim Luka Berlalu



Aku ingin bicara luka semalam 
yang pedih kau tinggalkan 
kepahitan kenangan 
tak mungkin berulang kembali 
kerana kau robek ia 
hingga berkurun rasanya 
terbiar kosong,sepi dan sendu.
tertinggal  adalah sisa setia kata tanpa makna. 



Saturday, April 20, 2013

Sunday, April 7, 2013

Merungkai rindu di jendela rasa

Bertemu semula adik sebilik semasa di IB setelah bertahun terpisah..merungkai rindu di jendela rasa...

Sunday, March 31, 2013

Kepadamu Pahlawan


Kepadamu Pahlawan

Bayu resah terhimpit hiba
pantai pucat bermandi darah
terkujur pahlawan di tanah basah
langit kelam bertafakur
di remang senja dalam pasrah!

Obor perjuangan kian menyala
membakar barisan semangat
membelah dada samudera 
memintas angkasa raya
sasaran pasti mengena
bergema suara peluru
hapuskan petualang durjana!

Pasti ada kemilau cahaya
bersinar di suram malam
terpancar menyuluh jiwa
semesta alam terjaga
bangkitlah rakyat!


Mengenang pahlawan yang terkorban
di Lahad Datu, Sabah.
Al-Fatihah.

Nur Ain Hanis
MAC 2013
Seri Rawa, Kedah.

~New Sabah Times~31 MAC 2013