Saturday, December 22, 2012

Mengungkap Desir Makna Di Pantai Itu

Desiran angin yang menampar
mengungkap seribu makna
di pantai itu
ada cerita segalanya.


Thursday, December 20, 2012

Saturday, December 15, 2012

Bicara Karya dan Dialog Puncak ASASI 2012

Alhamdulillah antologi bersama Sayembara Puisi dan Cerpen Asasi 2012 'Layang-layang Impian' telah selamat diterbitkan dan dibicarakan di New Regent Alor Setar. Semoga pertemuan ini akan berhasil membenihkan idea dan bercambah menjadi antologi sajak-sajak pendek yang akan datang..insyaAllah. Sekalung tahniah dan terima kasih untuk ASASI Kedah dan DBP.

Tuesday, December 11, 2012

Mencari Nur Yang Hilang

Aku masih tercari-cari
nur yang hilang
di wajahmu
di wajahku
dalam kelam
aku terjaga
mencari mimpi indah
yang hadir
sementara cuma!


katakan biarpun kebenaran itu pahit

Tuesday, December 4, 2012

Salam Ukhuwah


Kunjungan sahabatku yang sama-sama berjuang di IBKL menggamit kenangan manis...
Betapa manisnya kenangan itu....seindah aura yang terpancar...di sudut hati...



Di titian itu
Kita melangkahi waktu
bersama kuntuman semangat
yang kian mekar
dilimpahi segugus ilmu
yang tidak pernah layu
biarpun ditelan zaman.

Norsuhana Sidek bersama keluarga~terima kasih di atas ingatanmu sahabat.

Sunday, December 2, 2012

Kata Ayah


Selembut kata ayah
memuji kebesaran Allah
tatkala menyambut mesra
saat lahirku ke dunia.

Semerdu kata ayah
mengalun zikir-zikir indah
membuaiku terlena
dalam senyum bahagia.

Setegas kata ayah
menitip pesan azimat
bersama segunung harap
bekalan dunia akhirat.

Semesra kata ayah
memujuk hati rawan
berpaut cinta kasih
sejuta bahagia.

Setulus kata ayah
menghembus bisikan semangat
pada segumpal perjuangan
meniti sebuah perjalanan.

Sejujur kata ayah
menjadi puisi indah
tersusun mesra
menekap di lubuk rasa.

Nur Ain Hanis
Jun 2012
Seri Rawa, Kedah.
(Al-Fatihah buat Allahyarham Ayahanda Hashim b. Isa)

(New Sabah Times ~2 Disember 2012)

Friday, November 23, 2012

Sahabat lama


Kunjungan dari sahabat lama sejak 20 tahun lalu dari Terengganu amat mengembirakan..terima kasih kerana sudi berkunjung dan moga ukhuwah ini berkekalan.

Saturday, November 17, 2012

..dan di saat ini...


Memetik kata-kata seorang sahabat...Hari kelahiran itu memang selalunya bahagia dikenang, bahkan pada saat selepas bertahun tertinggal masa kanak-kanak, remaja dan kemudian dewasa, mana yang dikenang - hingga kini seolah-olah mengirim bahagianya, sekalipun kita pernah sakit suatu waktu dahulu. Ketenangan hati barangkali, yang Tuhan menguatkan diri dengan bakat untuk kita berkarya, menulis atau melukis, padanya adalah manifestasi alam yang berangkai pada rencam hidup, yang kita diberi kekuatan untuk melaluinya, pahit atau manisnya yang kita tentu bahagia juga. Alangkah bahagianya Allah melepaskan kita di taman ilham, seolah-olah kita memetik buah yang di makan tak pernah habis.....
Terima kasih di atas sebuah ingatan...di hari kelahiran ini..

pada detik ini....

Selamat Pengantin Baru buat Syahida Azita dan Suami...

Sunday, November 11, 2012

Selamat Bercuti

Dingin pagi yang mencengkam menyejuk rasa yang kini kian tenang setelah terjerumus dalam kesibukan di minggu akhir persekolahan. Rata-rata semua guru yang terlibat dengan PBS begitu tegang dengan kerja-kerja yang belum siap walaupun persekolahan telah berakhir. Ternyata sistem ini perlu dikemaskini dan ada penambahbaikan untuk melancarkan proses kemasukan markah pelajar..ataupun guru-guru terpaksa membaikpulih hati dan perasaan...moga hati kami tetap tenang!..apapun jua...bahagiakan dirimu dalam apapun jua keadaan kerana bahagia itu mengundang tenang di jiwa....SELAMAT BERCUTI SAHABAT-SAHABAT GURUKU.

Sunday, November 4, 2012

Gerimis Di Bumi Syria




                                                 Mingguan Malaysia (4 November 2012)

Monday, October 22, 2012

Secebis pengalaman di Kuala Lumpur

Menggarap ilmu dalam Program Setiakawan Penulis 1 Malaysia anjuran Gapena~serta Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan. Tahniah kepada penganjur dan pemenang!



Wednesday, October 17, 2012

Hilang Di Balik Kabus

Deruan enjin memecah keheningan alam yang terbentang luas itu. Pohon-pohon seakan mengerti dan membiarkan debu-debu yang berterbangan itu singgah menyelit di celah dedaunan menghijau. Shamira mengesat-ngesat air matanya yang tidak mahu berhenti mengalir itu. Begitulah nasib dirinya. Sudah jatuh ditimpa tangga. Baru dua hari dia mengetahui penyakit yang dihidapinya, malang yang lain pula datang mengekorinya. Itulah, keluhnya..baru azab di dunia. Belum bertemu azab di akhirat. Ya Allah! Panjangkan lah umurku untuk aku menghabiskan sisa-sisa masa yang masih tertinggal ini dalam reda dan kasih-MU. Kereta putih itu kian meluncur laju...hilang di balik kabus.

Sunday, October 14, 2012

Kata Seorang Penulis

Penulis yang ketandusan bagai layang-layang putus tali..terkapai-kapai mencari idea...namun ruangan kosong perlu diisi kerana ruangan hidup penulis bagai ada yang tak kena.. boleh jadi gila..andai tidak menulis..begitulah...kata seorang editor..bukan mudah untuk menulis!..wajib mendisiplinkan diri..sering berkomunikasi dengan penulis lain juga akan memberikan ilham untuk kita meneruskan perjuangan dalam bidang penulisan ini..untuk apa?..segalanya bergantung pada niat..insyaAllah...moga-moga bercambah idea...dan jangan lupa teruskan berbengkel..jua bersayembara...kita akan sampai dikemuncaknya!..jumpa di sana..:)

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadan A-Mubarak



Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa buat sahabat-sahabat yang diingati..moga diberkati-Nya dalam menimba amalan di bulan yang penuh barakah ini.


Seceria Ramadan
tersenyum indah 
menyambut kepulangan 
seteguh iman
mendakap di hati.

Thursday, July 12, 2012

orang baru

Sucinya kelahiran
menyambut harapan
dalam setulus doa.
dan senyuman terpancar cahaya syurga!



Tuesday, July 3, 2012

Setulus Perjuangan


Syaaban sampai di pertengahan
menggamit Ramadan tersenyum indah
menyusun bait-bait doa
mengalun zikir munajat
dalam tulus
perjuangan!



Thursday, June 28, 2012

Perginya tak kembali lagi...

Dua malam yang lepas...allahyarham ayahanda datang dalam mimpiku...mendakapku dengan erat..dan pagi ini mendapat berita satu-satunya saudara ayahandaku Pak Tam Din telah kembali ke rahmatullah..pergi tak kembali lagi..bertemu ayahandaku..Al-Fatihah.

Sunday, June 24, 2012

Monday, June 18, 2012

Hari yang bermakna

Bagai mimpi dapat bertemu dengan sahabat lamaku semasa di ITM Sri Manjung, Perak kerana berkunjung ke utara untuk mendaftar kemasukan anak sulungnya di IPTA Perlis. Terima kasih Kak Maziah..panjang umur kita akan bertemu lagi nanti..InsyaAllah...dan hari ini Aqilah menyambut hari lahir dengan 'Mak Cik" Maziah sekeluarga..Selamat Hari Lahir Aqilah..love u so much!

Tuesday, June 5, 2012

Semerah mawar mimpi


Semerah mawar 
terhampar segar
mewarna mimpi
bersulam rasa
ceria bahagia.

Di celah mimpi itu
merah mawar bertukar darah amarah
menitis meresap tulang belulang
jeritan pilu merintih sayu
lemah terkulai 
tersadai di perdu dendam!


Wednesday, May 23, 2012

ular dan adik

beraninya adik-adik ni..:)

Menjelang Cuti

Menjelang cuti sekolah. Semua kerja perlu dibereskan. fail PBS, latihan masa cuti, tanda kertas,masuk markah SAPS, fail KOKU dan macam-macam lagi. Begitu sibuknya cikgu, terutama guru tingkatan. Moga tetap tabah  dan terus bersemangat cikgu-cikgu yang dikasihi. Selamat mengharungi cuti yang bakal menjelang dan selamat berehat. ;D. Jangan lupa ada tusyen pula dan sempat-sempatkan diri untuk makan kenduri. Lepas bercuti kita berombongan pula cuti2 Malaysia. JOM!!!!

Wednesday, May 9, 2012

Muhammad Nabil dan pasukannya..Johan Kawad Kaki Perkhemahan Kadet Polis Peringkat Negeri Kedah 2012 (30-3 Mei 2012)

Sunday, April 22, 2012

Wednesday, April 18, 2012

Menggapai Ilmu



Menggapai ilmu dalam menghitung hari...bersama Angkatan Sasterawan Kedah

Tuesday, April 3, 2012

Friday, March 23, 2012

Sayembara Menulis Cerpen dan Puisi ASASI 2011





Keputusan telah diumumkan pagi tadi di Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Alor Setar..Alhamdulillah...moga terus bersemangat!

Cerita Sang Camar Putih
Desir angin yang menampar
membelai mulus wajah kenangan
merenung saujana lautan
terhampar tiada bertepi.

Butir-butir air mata
berjatuhan membasahi pipi
seorang gadis dirundung hiba
mengenang alunan ombak kehidupan
ketika dia teraba-raba
mencari pelita pedoman
terhoyong-hayang digegas ribut angkara
menghempas jiwa lara
terdampar tidak bermaya.

Kicauan sang camar putih
menitip butir-butir azimat
mengalunkan lagu-lagu syahdu
irama cinta dan rindu pada-Nya
menghembus segugus semangat
tiada jiwa akan mati
andai tiada henti dari mengingati-Nya.

Mega senja kian berbalam
meninggalkan pelabuhan siang
mentari kian menunduk
menjemput malam yang tersenyum
mendakap sinaran rembulan.

Nur Ain Hanis
Tempat Kedua Sayembara Puisi ASASI 2011

Wednesday, March 14, 2012

Friday, March 9, 2012

Sepetang bersama penyair2 Kedah


menghitung semangat...yang masih tertinggal..
Bersama-sama menghimpun rasa..Puzi Hadi, Ahkarim, Dahna, Ruzi, Siti Aksara dan Zaidah.

Selamat bercuti cikgu

Selamat bercuti dan mengisi hari-hari mendatang dengan tenang dan bahagia...selamanya.

Thursday, March 1, 2012

Hidup dalam perjuangan..

Kata-kata seorang sahabat....Hidup juga perjuangan yang penuh seni... Dalam seni ada gundah, ada resah, ada duka, ada warna-warna ceria,...ada calitan kenangan yang tidak mungkin dilupakan...

Berikan Aku Rindu~Indah Hairani

Dalam kesibukan..menyempatkan diri jua untuk membaca...dan membacanya hingga ke akhir tulisan..sungguh menarik ceritanya dan tertarik dengan gaya penulisan Indah hairani..Tahniah!

Perasaan Fiqri pada Faen Thaherah berputik sejak awal remaja. Faen adalah sumber inspirasinya. Faen adalah model setiap kali dia mencalit warna pada kanvas. Kehadiran Thania Khalina gadis dari bandar telah mencalar hubungan yang sekian lama terjalin. ternyata Thania menyimpan perasaan mendalam terhadapnya. Hari-harinya menjadi indah. Faen seakan-akan tenggelam dari ingatannya. Sehinggalah sesuatu yang terjadi..Thania menghilangkan diri..dan Fiqri menyulam cinta semula dengan Faen..Di malam pernikahannya dengan faen..thania telah menghubunginya dan meminta fiqri menyelamatkannya..akhirnya fiqri tertangkap bersama thania dan dituduh melakukan perbuatan terkutuk terhadap thania..Fiqri terpaksa menikahi thania..dan akhirnya terjalinlah sebuah perhubungan suci yang penuh dengan dendam dan benci..tanpa menyedari segalanya yang berlaku adalah takdir Tuhan jua...seindah kata dari Indah Hairani...ketika cinta mendekat. Kita menjauhkan diri. Ketika cinta pergi, kita tercari-cari. Cinta itu aneh. Ada rindu pada setiap tapak-tapak yang ditinggalkan.

Rindu Semalam

Masih adakah sisa waktu
untuk kita bercerita
sambil duduk di bangku kayu
dan menunggu rinai berhenti
seketika kita terdiam
oleh nyanyian ombak
dan siulan angin
kita melepas resah
di bahu hari yang mula hangat
sambil sesekali saling mengusap pipi yang semakin basah.

Aku pun rindu
pada camar yang terbang
membawa mimpi
dari benua ke benua
lalu singgah di muara cinta
ketika kita mula berangkat
ada janji yang kita tinggalkan
di bangku kayu itu.

Aku Rindu
rindu pada gemersik suaramu
rindu untuk kembali bercerita seperti dahulu.


~Indah Hairani~

Wednesday, February 29, 2012

Sibuk...!

Sibuk sangat...sampai tak sempat menulis..melukis..membaca novel..hmmmm.

Tuesday, February 28, 2012

Siapakah yang tahu hatinya

Aku bercuti hari ini kerana menyelesaikan amanah yang belum selesai.Sebelum memulakan perjalanan, aku singgah di sebuah warung untuk menikmati roti canai. Terkenang semasa dulu ...ayah selalu bawa aku menikmati roti canai di kedai mamak Husin di pekan..alangkah indahnya saat itu..Kedatanganku di kedai itu disambut oleh seseorang yang tingkahlakunya agak mencurigakan. Tuturkata dan perbuatannya menggambarkan dirinya yang tidak mampu mengawal pemikirannya. Aku melayan sahaja karenahnya.Terhibur juga dengan telatahnya walaupun agak janggal dan malu kerana dia suka menarik-narik tanganku..hmmm..begitulah..siapakah yang tahu hatinya..aku mungkin dapat membacanya dari segi luaran..dalamannya..siapakah yang tahu??..namun teruja jua..kerana ada yang melayan aku bagai tuan puteri semasa makan roti canai..he..he

Saturday, February 25, 2012

Ranjau berduri

Berhati-hati dan waspada akan ranjau berduri yang pasti akan menyebabkan luka dan berdarah. Moga Allah memberi ketabahan dan ketenangan..selamanya..pastinya dugaan ini cukup hebat! Subhanallah...

Wednesday, February 22, 2012

Seharum bunga...mekar di taman hati





Teruja melihat bunga-bunga yang ditanam...sungguh eksotik!

Semerah dan unggu bunga
mekar berkembang
hati girang!

Tuesday, February 21, 2012

Selamat berkarya di e-sastera



ada pantun, sajak, cerpen, drama, soneta, haiku..dan banyak lagi..mai kunjung..jangan tak mai no..:))..http://www.e-sastera.com

Wednesday, February 15, 2012

Di Langit Petang


Langit petang berbalam
menyongsong pelangi suram
kian pudar warnanya
menggamit kelam malam
rasa kian berbaur
terhimpit sendu luka
masih adakah cahaya bulan?
biarpun hanya bayangan
pungguk tetap setia menanti
merindu hingga ke akhir waktu.

Monday, February 13, 2012

Tatkala Dedaunan Berjatuhan Ke Bumi



Al-Fatihah buat sahabat seperjuangan e-sastera.com Allahyarham saudara Brirasa yang telah pergi menuju panggilan abadi pada 14 Februari 2012. Moga Allah merahmati rohnya disisi orang-orang beriman..amin.