Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadan A-Mubarak



Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa buat sahabat-sahabat yang diingati..moga diberkati-Nya dalam menimba amalan di bulan yang penuh barakah ini.


Seceria Ramadan
tersenyum indah 
menyambut kepulangan 
seteguh iman
mendakap di hati.

Thursday, July 12, 2012

orang baru

Sucinya kelahiran
menyambut harapan
dalam setulus doa.
dan senyuman terpancar cahaya syurga!



Tuesday, July 3, 2012

Setulus Perjuangan


Syaaban sampai di pertengahan
menggamit Ramadan tersenyum indah
menyusun bait-bait doa
mengalun zikir munajat
dalam tulus
perjuangan!



Thursday, June 28, 2012

Perginya tak kembali lagi...

Dua malam yang lepas...allahyarham ayahanda datang dalam mimpiku...mendakapku dengan erat..dan pagi ini mendapat berita satu-satunya saudara ayahandaku Pak Tam Din telah kembali ke rahmatullah..pergi tak kembali lagi..bertemu ayahandaku..Al-Fatihah.

Sunday, June 24, 2012

Monday, June 18, 2012

Hari yang bermakna

Bagai mimpi dapat bertemu dengan sahabat lamaku semasa di ITM Sri Manjung, Perak kerana berkunjung ke utara untuk mendaftar kemasukan anak sulungnya di IPTA Perlis. Terima kasih Kak Maziah..panjang umur kita akan bertemu lagi nanti..InsyaAllah...dan hari ini Aqilah menyambut hari lahir dengan 'Mak Cik" Maziah sekeluarga..Selamat Hari Lahir Aqilah..love u so much!