Wednesday, March 2, 2016

Friday, February 19, 2016

MEMBURU RINDU

mentari jangan diburu kerana kelak membakar jiwa
intiplah cahaya di balik awan kerana sinarnya memukau pandang

Sunday, February 14, 2016

Tafakur Rindu

Rindu bertafakur
diam membalut resah
luka terubat
dalam sujud
pasrah

Thursday, January 28, 2016

PERJANJIAN DIRI

Dengan nama-Mu Allah yang satu
aku bersumpah dengan diri
mendidik jiwa yang hampir mati
celakalah diri jika memungkiri janji
pergilah segala keindahan yang hanya sementara
tinggallah segala kepedihan untuk mendidik hati
jauhkan aku dengan nikmat yang melalaikan
binasalah diri dari berpaling mengingati-Mu
hidupkan hati
di kubur kenangan.

NUR AIN HANIS
28 JANUARI 2016




Tuesday, January 26, 2016

Bicara Sunyi

Kau hadir lagi menggigit resah dalam sukma
parut luka berdarah lagi
entah ke berapa kali
aku tetap pasrah
menatang
sunyi
sepi