Sunday, July 19, 2009
Bertemu dalam sarat rindu
Letih betul kulihat abang sulungku yang baru sampai pagi tadi bersama isterinya. 12 jam perjalanan menaiki keretapi begitu memenatkan berbanding jika menaiki bas yang hanya memakan masa lima jam sahaja. Namun hajat untuk bertemu bonda, tidak mengenal penat lelah. Bonda yang sering dirindu. Bertemu kami sekeluarga menikmati hidangan tengahari ditemani bayu segar berpuput perlahan. Ternyata masakan bonda tetap enak untuk dirasai. Abang tengahku yang asyik mengusik menjadikan suasana menjadi ceria. Seceria wajah bonda yang terlalu kami rindu...dan sentiasa dirindui....Alhamdulillah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Rindu Bertandang Lagi Rindu bertandang lagi membawa aku ke sini di jambangan usia kita mekar mewangi kenangan.... Nur Ain Hanis 19 OGOS 20...
No comments:
Post a Comment