Sunday, December 20, 2009

Melakar Titian Hijrah

Semusim telah berlalu
meninggalkan seribu kenangan
menempuh onak dan ranjau
bahagia semanis madu
derita sepahit hempedu
segalanya tetap ditempuhi
dalam pasrah dan reda.

Dan kini tiba ke penghujungnya
menyusun setulus doa
memohon keampunan-Nya
moga dapat mendidik hati
dalam mencari kasih dan cinta-Nya.

Hijrah kembali bertamu
melakar titian baru
menyusun warna-warna pelangi
bertebaran di segenap alam
mewarnai taman kehidupan
indah berseri
berbunga harum mewangi.

Teruskan perjuangan!
dalam meniti titian Hijrah ini.
Salam Maal Hijrah 1431.

NUR AIN HANIS
Seri Rawa, Kedah
Berita Minggu
20 Disember 2009

4 comments:

  1. TAHNIAH dan syabas. Saya sudah membaca beberapa buah sajak sdr yang pernah tersiar, sdr punya masa depan di dalam arena perpuisian khususnya di negeri jelapang padi ini. Teruskan dengan tabah.

    ReplyDelete
  2. Tuan Zaidin..terima kasih ..baru nak mencuba..sekadar luahan rasa...moga saya akan terus menulis..andai semangat ini masih mampu bertahan...salam penulisan...

    ReplyDelete
  3. Asslamualaikum!lama tak berkunjung ke sini....Selamat mengajar kembali!!

    ReplyDelete
  4. Alaikumussalam adikku...terima kasih kerana sudi berkunjung..sibuukk sangat...tapi sempat juga baca novel..he..he.he..Selamat mengajar jua buatmu...salam ukhuwah.

    ReplyDelete