Tuesday, August 16, 2011

Rahsia Hati Sofia~Nazurah Aishah

Melihat nama penulisnya membuatkan aku teruja lantas cepat2 mencapai novel yang bejudul 'Rahsia Hati Sofia' yang tersusun kemas di rak buku itu.

Tak jemu membacanya...bak kata penulis itu..'bacalah dengan hati yang bahagia'...sesungguhnya aku bahagia membacanya..;))..sehingga noktah terakhir.

Duniaku mungkin tidak indah tanpa kamu....Duniaku mungkin tiada warna tanpa kamu....waktu bahagia..waktu duka...aku garap jadi cerita....

Tahniah buat penulis novel ini..Nazurah Aishah.

Sunday, July 31, 2011

Syahdu Ramadan

Kekasihku Ramadan
kau hadir lagi
dalam syahdu
mengulit rindu
sebak menghimpit rasa...
Subhanallah!

Saturday, July 16, 2011

Menyisir Waktu Di Kedaerahan Ini

Bersama penyair Jamaludin D



Di kedaerahan ini
pepohonan jiwa
merimbun ceria
dedaunan ilmu
menguntum senyum
pada segunung harap.

Di kedaerahan ini
jernih air menghangat
membara di kolam hati
memarak semangat
membakar jiwa
terus berjuang
kerana-Nya.


Ulu Legong
15 Julai 2011

Tuesday, June 14, 2011

Akulah Perahu Itu


Akulah perahu itu
terumbang-ambing dialun gelora
terkadang terbuai sehingga alpa
hanyut di lautan cinta
tersadai di pagar berduri
terluka sendiri.

Akulah perahu itu
kian melabuhkan diri
dalam sujud
mencari erti
setulus kasih abadi.

Subhanallah!

Sunday, May 29, 2011

Mengenang Tragedi

Perjuangan Perlu Diteruskan
(Buat Penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah At-Taqwa)

Entah mengapa air mata bagai tak terasa
mengalir menuruni lembah hati
dipaguti rasa sayu dan hiba
melihat wajah-wajah pilu
menatapi rakan ukhuwah yang terdampar kaku
tiada lagi gelak ketawa jua gurau senda
mengiringi jalinan akrab berpadu kukuh
meneruskan sebuah perjalanan
ketikanya akan sampai
kembali jua kita pada-Nya.

Wahai anak-anakku
episod luka ini adalah secebis kepahitan
amat perit untuk ditelan walau masa silih berganti
biarpun sukar namun harus digagahi jua
kerana peringatan ini menyedarkan kita
yang sering alpa
hidup tidak selalunya indah
waspada tiap ketika.

Dalam meniti ranjau perjalanan
perjuangan perlu diteruskan
mengutip dedaunan impian
memaut reranting ketabahan
mendakap pepohonan harapan
moga mentari cekal akan tetap bersinar
menghulur sejambak bahagia
dipayungi reda dan kasih-Nya.

Al-Fatihah.

Nur Ain Hanis
Seri Rawa, Kedah.
21 Mei 2011