Wednesday, January 26, 2011
Semalam Yang Panjang Amat KuRindu
Semalam aku berdiri di situ, melihat kehijauan dedaunan segar merimbun melitupi bumi yang luas terbentang....saujana pandangan.Kedengaran burung-burung berkicauan riang menyanyikan lagu rindu. Nyaring bersahutan cengkerik memecah suasana malam yang hening.Betapa aku rindu saat-saat kesejukan mandi di telaga dalam gelap pekat kedinginan pagi. Bonda begitu sibuk menyiapkan sarapan pagi. Ayahanda pula sedang menyiapkan diri untuk memulakan tugas rutin, menoreh getah. Begitu tegap ayahanda melangkah menuju destinasi yang tersedia bagi mencari sesuap nasi. penat jerihnya tak mampu kutandingi. Besarnya pengorbanan mereka menjentik diri untuk menginsafi...betapa luasnya dunia ciptaan-Nya. Hanya yang mampu berusaha, bersabar..jua tabah dalam meniti perjuangan ini akan menemui reda dan kasih-Nya...dalam menjemput bahagia abadi...Salam tulus dari kejauhan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
~Tak terusir lagi rasa rindu ini bila kau iringi tiap detik helaan nafasku~ Melihat kepada tajuk novel ini terlintas di fikiran bahawa nove...
-
Pada senja ini memancar cahaya indah mewarnai alam luas terbentang memukau mata mendamaikan rasa menusuk di jiwa. Kulihat dermaga ini terlan...
-
Salam kenangan Sebuah pertemuan Setulus kasih Semarak kenangan!
No comments:
Post a Comment