Saturday, March 26, 2011

Warna Alam



Seketika aku dikejutkan
lontaran warna alam
kian pudar
dimamah usia...

Friday, March 18, 2011

Setulus kenangan

Entah mengapa tiba-tiba kenangan itu hadir mengusik. Walau tanpa dipinta namun kenangan itu tetap hadir membelai rasa. menusuk di jiwa. Ohh! kenanganku..bersama degup jantung bertaut helaan nafasku...engkau tetap kurasai walau di mana jua. setulus kenangan...kuabadikan di hati.

Sunday, March 13, 2011

Selamat Bercuti~Eksplorasi Kembara Minda ke Pulau Pinang




Musim cuti kali ini bermula dengan sesi lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang. Rombongan ini terdiri dari 10 orang guru wanita dan pelajar perempuan seramai 64 orang. Menjejaki Pulau Mutiara ini mengimbau kenangan semasa aku mula mencari rezeki di sini. Manisnya kenangan...mmmmm..Lawatan kami bermula di Muzium dan Galeri USM. Seterusnya ke Muzium Perang di Batu Maung dan akhir sekali di Taman Rama-rama dan Masjid Terapung di Batu Feringgi. Walaupun penat namun cukup memuaskan hati. Moga bermanfaat buat peserta rombongan. Akhirnya kami selamat sampai pada tepat jam 1.00 pagi. Alhamdulillah!