Thursday, February 21, 2013

Sebatas Rindu Yang Tertinggal














Kumeniti batas-batas rindu yang tertinggal pada  rimbun kenangan. Ketika mentari menyelak helaian hari, terdampar pohon duka yang rebah di tanah nan tandus. Tiada lagi kicau burung berlagu ria. Wangi alam tiada beraroma, sungai keruh mengalirkan air mata sengsara, dan bumi kian terhimpit oleh nafsu menggila, punah segala.

Kini, yang tinggal hanyalah sebatas rindu cerminan diri pada hiasan pelangi.  Bayang kelam kian menghilang menyerlah cahaya cinta bahawa alam terlukis ini adalah anugerah-Nya. Sedarlah anak bangsa, jangan biarkan warna itu terus pudar dimamah duka, ditelan usia. Geledahlah c
eruk rasa ,biarkan bukit impian itu berdiri megah lalu tersenyum demi menggapai seteguh harap yang masih segar.

Nur Ain Hanis
Seri Rawa, Kedah.
(esastera2u.com, 28 Februari 2013)

No comments:

Post a Comment