Sunday, December 22, 2013

Lukisan Jiwa 4
















Abad Yang Masih Berdiri

berdiri Puteri Buliga
antara puncak Kinabalu
rindunya
terbang ke gelegar lautan
menunggu kekasih yang tak
pulang
lalu rindu menjadi pusara
mengadap
laut china selatan
menanti

gemala
itu juga hilang
naganya
entahkan berenang
ke hujung khutub
atau menyusur tembok besar china

Yong Seng Peng
suaminya
mati di negeri orang
leka bermain permaisuri baru
sekali ia terkenang
sakaratnya sampai
kerana mendustai
janji kembali
kepangkuan

ini abad mengenang lagenda
suatu peri misalan kasih
yang terbuang
setia yang berkekalan
hingga sanggup berdiri
hingga kudrat bersisa di hujung rambut
disumpahi dewa menjadi nisan batu
agar terus menunggu
biar kurun habis
mataharipun tak terjejak
lagi

Aku, disini dikejauhan ini
menghikayatkan tangis buliga

yatim ahmad
putatan

Tuesday, December 3, 2013

Lukisan Alam
















Lukisan  Alam

Ini lukisan alam
berwajah kepingan duka
tatkala dedaun kering terkapar layu
hibanya merintih seteguk simpati
kepada siapa yang peduli
mungkin tiada lagi
nyanyian unggas di rimba cinta
tiada lagi kicauan burung
di ranting bahagia
alam terhimpit sepi
barangkali punah
segalanya!

Nur Ain Hanis,

Seri Rawa, Kedah

(New Sabah Times~1 Disember 2013)